Rabu, 20 Mei 2009

Khalid Al walid

dari ceritaku di www.forumdrtuah.com

Saat kematian Khalid Al Walid
Cite mengenai Khalid ni...mmg banyak yg menarik dan bersemangat. Saya nak citekan mengenai saat sebelum kematian dia semasa diserang penyakit taun...semasa dia terlantar sakit di Syria, dia sgt2 bersedih. Dia telah ditinggalkan seorg diri dgn hanya seorg khadam sj yg menjaganya...isteri2nya semua sudah meninggalkannya...dia bersedih kerana ALLAH tidak mematikan dia dgn mati syahid di medan pertempuran....sedangkan Ikrimah Bin Abu Jahal, sahabat sekroninya (yg lebih jahat darinya) semasa musyrik dulu, mati dgn penuh berjaya di medan perang Yarmuk dan jelas kelihatan syahid sahabatnya itu.

maka datanglah salah seorg sahabatnya menziarahi khalid di katilnya...maka Khalid bersusah payah bangun dari pembaringan dan membuka jubahnya. "cubalah kau lihat tubuhku ini...adakah tempat yang tidak berparut?" maka sahabatnya menjawab, "Mmg tiada tempat lg ditubuhmu itu yg tidak luka melainkan semuanya berparut."

"Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada'nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?" tanya khalid sambil menangis tersedu2.

Sahabatnya itu turut menangis..dan kemudian menyatakan," Kau tidak boleh mati di medan perang wahai Khalid..kau telah dilantik oleh Nabi Muhammad sebagai pedang ALLAH...dan pedang ALLAH tidak sekali2 akan patah dimedan perang."

Dan Khalid berhenti menangis lalu terpancar kegembiraan diwajahnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu dan dengan tenang menunggu kedatangan malaikat izrail. Sepjg kariernya sbg jeneral tentera Islam, mmg tdak ada satu pertempuran pun yg tewas dibawah pimpinannya biarpun bilangan tentera musuh sehingga 10x ganda lebih ramai dari tentera muslim. Dan benarlah 'pedang ALLAH' tidak boleh tewas dlm pertempuran.


Topi Besi dan kopiah merah Khalid -lambang kecintaannya pada Rasulullah
satu lagi rahsia Khalid ini adalah kopiah merahnya. Kopian merahnya sudah lusuh tetapi amat2 penting kpd Khalid sehinggakan dlm satu pertempuran, semasa sdg bergelut dgn musuh, kopiahnya jatuh dan hilang. Khalid tanpa mempedulikan musuh, dgn rakusnya mencari kopiah tersebut sehingga sahabat2nya turut sama mencari dan pihak musuh pun terpinga2 dgn gelagat mereka. Org tgh berperang, sibuk Khalid ni mencari kopiahnya. Sebaik saja dijumpai semula, khalid mencium kopiahnya itu lalu berperang semula dgn lebih agresif lg. Marah sungguh dia bila musuh menjatuhkan kopiahnya itu. Jd, sahabat2nya bertanya, apakah kepentingan kopiah merah itu kpd Khalid? Lalu Khalid menunjukkan kpd sahabat2nya, bahagian dlm kopiah itu. Terdapat beberapa helai rambut yg terjahit didlm kopiah tersebut. "Itulah rambut Rasulullah. selagi rambut baginda ada bersama ku, maka dia ada bersama ku...dan kita tidak akan tewas dari semua peperangan."

dan dgn kopiah merah itulah...Khalid Al walid, mengadap ALLAH.

Khalid Dibaling batu dgn Sayidina Omar

Khalid dan Omar adalah sepupu dan rakan sepermainan sewaktu kecil sehinggalah meningkat remaja. kedua2 nya adalah perwira handalan yang mahir bergusti, memanah, seni pertempuran pedang dan menunggang kuda. wajah dan susuk tubuh mereka agak sama dan sifat kelakuan juga sama2 agresif. Sewaktu kecil, Khalid pernah mematahkan tangan Omar semasa bergelut dalam pertandingan gusti...dan Omar, selepas pulih...bergusti balik dgn khalid sebab merekalah yg paling top di zaman remaja mereka...dan Khalid adalah juaranya manakala Omar yg kedua...yg lain2 nanti kita cite dimasa lain ye...ni cite Khalid dibaling batu bersungguh oleh sayidina Omar...

Selepas dipecat dari jawatan pemerintah tertinggi tentera Islam oleh sayidian Omar, khalid Al walid menjadi pemerintah kedua selepas Abu Ubaidah Aj Jarah. Abu Ubaidah lemah lembut dan waraq orangnya manakala Khalid ini agresif dan keras. Dalam setiap peperangan, Abu Ubaidah akan meminta nasihat Khalid tentang taktik dan strategi yang terbaik untuk dilaksanakan...dan ketika ini, Khalid akan menjadi general tentera islam dibawah naungan Ubaidah.

Pada bulan oktober tahun 636M (Syaaban,15H), Sayidina Omar mengarahkan Abu Ubaidah utk menawan Jerusalem yg ada Baitulmaqdis, maka Abu Ubaidah meminta nasihat Khalid utk melaksanakan operasi tersebut. Bandar Jerusalem ketika itu dipertahankan oleh tentera Rom yang sudah tewas dikebanyakan tempat dan bandar tersebut dikelilingi oleh dinding pertahanan yg kukuh. Jadi, penawanan bandar tersebut adalah agak sukar memandangkan pertahanannya sebanyak 2 x ganda. sepertimana biasa,3 syarat dikeluarkan, masuk Islam, bayar jizyah atau perang. Pihak musuh memilih perang.

Khalid mencadangkan supaya dikepong saja bandar itu dan serangan dibuat secara berterusan. pengepongan itu berlangsung selama 4 bulan. kemudian, pihak musuh mahu menyerah kalah dan membayar jizyah dan syaratnya, perundingan hanya dengan Sayidina omar sahaja. Untuk memanggil sayidina omar di madinah akan memakan masa selama sebulan dan paling cepat 2 minggu. Selepas bermesyuarah, salah seorg dari general perang, Shaarjeel bin Hasanah, mencadangkan supaya khalid menyamar menjadi Sayidina omar dan menerima penyerahan Kota itu kepada islam.

Maka Khalid pun menyamar menjadi Sayidina Omar dengan berpakaian buruk dan berjalan dgn kepala yg tunduk ke bumi. Pihak musuh pada mulanya menyangkakan bahawa omar sudah datang, tetapi apabila berfikir 2 x, mana mungkin Omar sudah sampai secepat itu dan Khalid Al walid juga seakan2 Sayidina Omar. Kemudian, ada dikalangan tentera rom yang pernah melihat khalid ini dan rahsianya terbongkar. Mereka tidak mahu keluar dan berurusan dengan khalid.

Dengan kegagalan ini, maka Abu Ubaidah dengan segera mengutus surat kpd Sayidina omar menjemputnya datang ke Jerusalem dan menerima penyerahan kota Jerusalem. Selepas surat tersebut sampai ke Madinah, Sayidina Omar pun segera berangkat ke Jerusalem dengan ditemani oleh sahabat2 nya. Apabila Sayidina omar sampai di sebuah tempat yg dinamakan Jabiya, Abu Ubaidah, khalid Al Walid dan Yazeed Bin Abu sufian telah menunggu untuk menyambut dan mengiringi kedatangan rombongan Sayidina omar. Khalid dan Yazeed berpakaian sepertimana seorg panglima perang, lengkap dengan baju yg cantik dan mahal serta menunggang kuda yang berhias manakala Abu Ubaidah hanya berpakaina buruk dan compang camping seperti mana Sayidina omar.

Melihat sahaja Khalid dan Yazeed ini, sayidina Omar turun dari kudanya, lalu mengambil batu lalu melontar ke arah mereka berdua. Menjerit-jerit Omar memarahi Khalid dan Yazid ini dengan kata-kata yg keras. Khalid dan Yazid menahan diri dengan lontaran itu dan selepas sedar akan kesalahan mereka dengan segera menanggalkan baju yg mahal itu lalu membuangnya dan meninggalkan baju besi yg ada disebaliknya...dan Khalid berseru, 'Wahai Khalifah...ianya hanya baju sahaja..dan aku telah membuangnya...dan aku masih tetap memakai perisai dan pedang..'

Maka redalah khalifah omar dengan seruan Khalid itu tetapi dia masih lagi tidak mahu bercakap2 dgn Khalid...malah dia menyuruh Khalid berjalan jauh darinya sedangkan dia meminta agar Abu Ubaidah tidak turun dari kuda sewaktu bercakap2 dengannya. Abu ubaidah turun dari kuda dan memeluk Khalifah Omar sedangkan Khalid dan Yazid didenda dengan berada di jarak jauh darinya gara2 memakai pakaian yang mahal.

dan di Jerusalem inilah, Bilal Bin Rabah kembali melaungkan azan selepas kewafatan Nabi. Beliau terlalu sedih dengan kewafatan Nabi sehingga tidak mahu lagi melaungkan azan.

Tiada ulasan: